Kaedah Pembelajaran

TEKNIK PENGAJIAN TAHFIZ

Dibawah ini merupakan teknik untuk sistem hafalan bagi Pusat Bimbingan Al-Islah. Pelajar yang mengikuti kelas separuh masa melalui teknik yang serupa tetapi tidak sesempurna pelajar sepenuh masa.

SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di Pusat Bimbingan Al-Islah ini dijangka akan mengambil masa 3 hingga 5 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian, satu peperiksaan akhir akan diadakan.

Syahadah pengajian akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian di pusat tahfiz Al-Islah adalah seperti berikut :

  1. Peringkat nazirah : Pada peringkat ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran, tajwid yang betul dan kelancaran membaca Al-Quran.
  2. Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzuk 30 dan 29, kemudian bermula dari awal juzuk pertama hingga akhir.
  3. Peringkat kepakaran : Pelajar yang tamat akan mengulang hafalan dan melaksanakan kepakaran yang akan mengambil masa selama 1 tahun. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid sehingga boleh membaca seluruh Al-Quran tanpa melakukan satu kesilapan pun

CARA/TEKNIK BELAJAR

  1. Membaca dengan makhraj yang betul dan tartil.
  2. Membaca dengan lambat dan suara yang kuat.
  3. Kelancaran dan hafalan yang mendalam.
  4. Setiap pelajar mesti melalui proses penyemakan lima pelajaran dihadapan guru iaitu :

i. Sabak (Pelajaran baru) sebanyak satu muka surat.(mengikut kemampuan)

ii. Lima Sabak Pelajar mengulang bacaan 5 matapelajaran yang baru dihafal.

iii.Para Sabak Juzuk mana yang sedang dipelajari sehingga ke pelajaran baru.

iv. Para/Mukhtar Semua juzuk-juzuk yang telah lalu.

v. Manzil Bacaan pelajaran yang lepas dibaca bersendirian tanpa melihat Al-Quran sebanyak 3 juzuk mengikut urutan.

CARA PENYEMAKAN

  1. Pelajaran baru akan disemak oleh guru dengan penuh teliti tanpa melakukan sebarang kesilapan pada huruf atau baris dan dibacakan dengan penuh tertil dan lancar
  2. Penanda digunakan untuk menanda kesalahan-kesalahan. Ia mengandungi 4 perkara :
    • Tidak dibaca dengan tajwid yang betul.
    • Salah dalam penyebutan huruf.
    • Salah ayat/baris.
    • Lupa urutan ayat selanjutnya.
       Tujuannya :
  • Supaya pelajar mengetahui kesilapan didalam pembacaan.
  • Melatih tumpuan yang mendalam terhadap Al-Quran.
  • Berusaha untuk menghafal 100% dari Al-Quran dengan bersungguh-sungguh bukan dengan sambil lewa.

SYAHADAH DAN KEPAKARAN

  • Mereka adalah pelajar yang telah tamat menghafal keseluruhan Al-Quran (30 juzuk).
  • Pada tahap ini para hafiz akan dilatih untuk menguasai kelancaran bacaan dengan tepat, sebutan huruf dengan betul, bertajwid, mahir tentang mutasyabihat (ayat-ayat yang hampir serupa) mengikut nama dan urutan surah, tanda-tanda berhenti dan hukum tajwid.
  • Pada tahap ini juga, pelajar perlu membaca sebanyak mungkin pelajaran yang lalu (manzil) tanpa melihat Al-Quran keseluruhannya.

CARA MENGULANGKAJI DALAM KEPAKARAN

  • Kaedah menghafal adalah sama. Dibaca berulang-ulang kali sehingga mantap dan penyemakan yang betul.
  • Perbezaan hanyalah pada pembahagian masa yang mana ia ditentukan masa pelajar kepada empat semester.

SEMESTER (SYAHADAH)

SEMESTA PERTAMA
  • Pelajar akan membuat ulangan dengan menyemak pelajarannya sebanyak ¼ juz setiap hari
  • Ini bermakna pelajar akan menghafal sebanyak satu juzuk dalam masa empat hari.
  • Melalui kaedah ini tahap ini akan tamat dalam masa 4 bulan (Lebih kurang)
SEMESTA KEDUA
  • Pada semester kedua ini pelajar akan menyemak pelajarannya sebanyak setengah juz setiap hari selama dua bulan.
  • Pelajaran yang lalu akan disemak 3 hingga 5 juz setiap hari.
SEMESTER KETIGA
  • Pada semester ketiga ini pelajar-pelajar tidak ada pelajaran baru. Pelajar diminta menyemak ulangan pelajaran lalu.
  • Sebanyak 5 juz setiap hari dan membaca manzil sebanyak 15 juz setiap hari selama 2 bulan
SEMESTER KEEMPAT
  • Pada semester keempat ini pelajar dikehendaki membaca keseluruhan dari Al-Quran (30 juzuk) setiap hari dalam keadaan berpuasa selama 40 hari.
  • Pada tahap ini pelajar tidak dibenarkan melihat Al-Quran kecuali apabila ada kesilapan.

InsyaAllah sekiranya setiap pelajar dapat mengikut tertib yang telah ditetapkan di atas, kami yakin setiap pelajar akan berjaya menjadi seorang hafiz yang benar-benar pakar dan mantap dalam penghafalan Al-Quran

Tidak ada satu pun kesilapan yang akan dilakukan dan pelajar akan hafal dan membaca Al-Quran sepertimana membaca surah Al-Fatihah. Proses pengulangan ini akan mengambil masa selama sembilan bulan keatas..