Keperluan Temuduga

PELAJAR
  • Pelajar umur 12 – 18 tahun.
  • Lelaki atau perempuan.
  • Ibu dan bapa pelajar.
  • Waris sah(Mendapat hak jagaan) jika anak yatim/cerai.
  • Salinan kad pengenalan/surat beranak pelajar dan ibubapa/waris.
  • Gambar pasport 4 keping.
  • Salinan keputusan peperiksaan.
  • Salinan sijil berhenti sekolah/madrasah terakhir.
  • YURAN – Pendaftaran RM100.00(Setiap tahun). Bulanan RM200.00
  • Subsidi dan tajaan penuh kepada yang berkelayakan sahaja.
MUSTAHAK
  • Pelajar tidak memiliki masalah displin atau kerosakan akhlak.
  • Pelajar tidak merokok atau terlibat dengan dadah atau mempunyai kes lain.
  • Pelajar tidak dipaksa oleh ibubapa/waris.
  • Pelajar tidak mempunyai sakit fizikal/mental/gangguan jin.
  • Pelajar mampu menghafaz(Akan diperiksakan waktu temuduga).
  • Ibubapa/waris dan pelajar yang sedia akur pada keputusan madrasah 100%.
  • Pelajar 3A keatas akan diutamakan.
  • Penempatan/makanan pelajar adalah amat sederhana. Permintaan khusus tidak akan dilayan.
  • Mereka yang tidak mampu hidup sederhana adalah tidak digalakan menuntut di Pusat Bimbingan Al-Islah.
  • Wargakerja serta guru amat disiplin dalam memastikan sasaran hafalan tercapai dan akhlak pelajar kearah sempurna.
  • Mengunakan rotan dan lain sebagai hukuman.
  • Tujuan masuk ke Pusat Bimbingan Al-Islah ialah untuk menjadi seorang yang pakar Al-Quran dan baik akhlak.
  • Madrasah bukan tempat pembuangan pelajar yang tidak punyai harapan serta bukan Pusat pemulihan akhlak.
  • Sedia ditarbiah dalam apa jua bentuk.
  • Tidak dibenarkan mengambil/mengenakan tindakan undang-undang kepada Pusat Bimbingan Al-Islah dan Pengajian Tradisi Al-Islah
  • Tidak dibenarkan mengaib/mengumpat/memfitnah Pusat Bimbingan Al-Islah dalam apacara sekalipun.
  • Ibubapa/waris komited dalam ehwal yuran dan perkara berkaitan kewangan pelajar.
  • Perkara yang bakal ditetapkan oleh ( Pusat Bimbingan Al-Islah )

Jika berminat sila hubungi semula untuk tarikh temuduga