Matlamat Penubuhan

Pusat Bimbingan Al-Islah ini ditubuhkan diatas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz/hafizah didalam masyarakat kita walaupun selepas usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan swasta.
Kewujudan pusat ini fokus dalam membantu dan memberi khidmat kepada golongan yang berminat agar mudah untuk mempelajari ilmu Al-Quran.
Pusat ini diharapkan dapat membantu kepada perkembangan, penghafalan dan penghayatan Al-Quran disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiyah dan kebaikan seluruh umat Islam. Pusat Tahfiz ini juga berusaha mencapai matlamat seperti berikut:

Melahirkan pelajar-pelajar membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
Menanam kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah s.w.t berlandaskan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w ke seluruh permukaan alam.
Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Mewujudkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang kepentingan beramal dengan agama Islam.
Melahirkan para daei’, alim ulama dan pemimpin yang mahir dengan 30 juzuk Al-Quran didalam hatinya dan mampu membimbing masyarakat dan umat sejagat kearah keredaan Allah s.w.t.
Melatih pelajar supaya berbakti kepada agama, ibubapa, masyarakat dan negara.
Pendidikan percuma bagi golongan yang memerlukan seperti yatim, fakir, miskin dan muallaf.