Tazkiyah

Alhamdulillah kami telah terangkan kepada Tuan/Puan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran (taklim)

Bagi mengisi ruang tazkiyah para pelajar didedahkan dengan modal tasawuf didalam kurikulum pembelajaran sekaligus ditertibkan dengan amalan-amalan soleh seperti penghayatan qasidah, selawat, ratib, hizib dan lain-lain lagi.

Diharapkan amalan-amalan tersebut dapat memberi kesan kepada para pelajar Pusat Bimbingan Al-Islah.

Pelajar juga dijadualkan untuk membuat dakwah dengan melatih diri agar menceburi bidang tabligh dari sudut praktik dakwah, dakwah melalui penulisan, dakwah melalui ceramah, dakwah melalui motivasi sekolah-sekolah dan lain-lain lagi.

Kami berharap agar mereka yang menuntut di Pusat Bimbingan Al-Islah khususnya mendapat manfaat dan menjadi seorang hafiz/hafizah yang berjaya didunia dan akhirat.