TEKNIK PENGAJIAN TAHFIZ
Dibawah ini merupakan teknik untuk sistem hafalan bagi Pusat Bimbingan Al-Islah. Pelajar yang mengikuti kelas separuh masa melalui teknik yang serupa tetapi tidak sesempurna pelajar sepenuh masa.
SUKATAN PELAJARAN
Pengajian di Pusat Bimbingan Al-Islah ini dijangka akan mengambil masa 3 hingga 5 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian, satu peperiksaan akhir akan diadakan.
Syahadah pengajian akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian di pusat tahfiz Al-Islah adalah seperti berikut :
- Peringkat nazirah : Pada peringkat ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran, tajwid yang betul dan kelancaran membaca Al-Quran.
- Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzuk 30 dan 29, kemudian bermula dari awal juzuk pertama hingga akhir.
- Peringkat kepakaran : Pelajar yang tamat akan mengulang hafalan dan melaksanakan kepakaran yang akan mengambil masa selama 1 tahun. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid sehingga boleh membaca seluruh Al-Quran tanpa melakukan satu kesilapan pun
CARA/TEKNIK BELAJAR
- Membaca dengan makhraj yang betul dan tartil.
- Membaca dengan lambat dan suara yang kuat.
- Kelancaran dan hafalan yang mendalam.
- Setiap pelajar mesti melalui proses penyemakan lima pelajaran dihadapan guru iaitu :
i. Sabak (Pelajaran baru) sebanyak satu muka surat.(mengikut kemampuan)
ii. Lima Sabak Pelajar mengulang bacaan 5 matapelajaran yang baru dihafal.
iii.Para Sabak Juzuk mana yang sedang dipelajari sehingga ke pelajaran baru.
iv. Para/Mukhtar Semua juzuk-juzuk yang telah lalu.
v. Manzil Bacaan pelajaran yang lepas dibaca bersendirian tanpa melihat Al-Quran sebanyak 3 juzuk mengikut urutan.
CARA PENYEMAKAN
- Pelajaran baru akan disemak oleh guru dengan penuh teliti tanpa melakukan sebarang kesilapan pada huruf atau baris dan dibacakan dengan penuh tertil dan lancar
- Penanda digunakan untuk menanda kesalahan-kesalahan. Ia mengandungi 4 perkara :
- Tidak dibaca dengan tajwid yang betul.
- Salah dalam penyebutan huruf.
- Salah ayat/baris.
- Lupa urutan ayat selanjutnya.
Tujuannya :
- Supaya pelajar mengetahui kesilapan didalam pembacaan.
- Melatih tumpuan yang mendalam terhadap Al-Quran.
- Berusaha untuk menghafal 100% dari Al-Quran dengan bersungguh-sungguh bukan dengan sambil lewa.
SYAHADAH DAN KEPAKARAN
- Mereka adalah pelajar yang telah tamat menghafal keseluruhan Al-Quran (30 juzuk).
- Pada tahap ini para hafiz akan dilatih untuk menguasai kelancaran bacaan dengan tepat, sebutan huruf dengan betul, bertajwid, mahir tentang mutasyabihat (ayat-ayat yang hampir serupa) mengikut nama dan urutan surah, tanda-tanda berhenti dan hukum tajwid.
- Pada tahap ini juga, pelajar perlu membaca sebanyak mungkin pelajaran yang lalu (manzil) tanpa melihat Al-Quran keseluruhannya.
CARA MENGULANGKAJI DALAM KEPAKARAN
- Kaedah menghafal adalah sama. Dibaca berulang-ulang kali sehingga mantap dan penyemakan yang betul.
- Perbezaan hanyalah pada pembahagian masa yang mana ia ditentukan masa pelajar kepada empat semester.
SEMESTER (SYAHADAH)
SEMESTA PERTAMA
- Pelajar akan membuat ulangan dengan menyemak pelajarannya sebanyak ¼ juz setiap hari
- Ini bermakna pelajar akan menghafal sebanyak satu juzuk dalam masa empat hari.
- Melalui kaedah ini tahap ini akan tamat dalam masa 4 bulan (Lebih kurang)
SEMESTA KEDUA
- Pada semester kedua ini pelajar akan menyemak pelajarannya sebanyak setengah juz setiap hari selama dua bulan.
- Pelajaran yang lalu akan disemak 3 hingga 5 juz setiap hari.
SEMESTER KETIGA
- Pada semester ketiga ini pelajar-pelajar tidak ada pelajaran baru. Pelajar diminta menyemak ulangan pelajaran lalu.
- Sebanyak 5 juz setiap hari dan membaca manzil sebanyak 15 juz setiap hari selama 2 bulan
SEMESTER KEEMPAT
- Pada semester keempat ini pelajar dikehendaki membaca keseluruhan dari Al-Quran (30 juzuk) setiap hari dalam keadaan berpuasa selama 40 hari.
- Pada tahap ini pelajar tidak dibenarkan melihat Al-Quran kecuali apabila ada kesilapan.
InsyaAllah sekiranya setiap pelajar dapat mengikut tertib yang telah ditetapkan di atas, kami yakin setiap pelajar akan berjaya menjadi seorang hafiz yang benar-benar pakar dan mantap dalam penghafalan Al-Quran
Tidak ada satu pun kesilapan yang akan dilakukan dan pelajar akan hafal dan membaca Al-Quran sepertimana membaca surah Al-Fatihah. Proses pengulangan ini akan mengambil masa selama sembilan bulan keatas..